My Beautiful & Lovely Life

+m o t h e r h o o d | l i f e h o o d | c h i l d h o o d | k i t c h e n h o o d | m a m a h o o d | w i f e h o o d | s e l f h o o d | m u s l i m h o o d | f a m i l y h o o d

Wednesday, September 29, 2010

Kids and Cats

Does your kid loves cat? Or you just totally forbidden them to go near the cat? Hehe.. Arsyad really2 love to play with cats and he doesn't afraid to touch or even to pull their ears or tails.. Haha.. Everytime we go to Wan Cu's house, he'll definitely play with the cat..

Last week, he had a chance to play with the cat and the kittens as well.. This time around he can't touch the cat coz they're in the cage, sleeping.. And, Arsyad was not the only one who crazy about the cat, his cousin, Maira also the same.. Hehe.. Both of them are so cute playing together with the cat..

I don't have the picture of them playing with the cat.. But, I do have their solo pictures.. It has been so long I didn't capture my nieces' and nephews' pictures.. Hurm~ I need to practice a lot to snap great photos, especially the kids.. So, here are some of the photos.. Is it okay?? or K.O?? or so-so?? hahaha..

Ibu kucing yg sleepy~

Maira koyak2kan daun pokok Wan Cu.. hehe

Arsyad kacau cat tido..

Posing sikit Maira.. :D

Both of them geram btol dgn cat.. hehe

Of coz suami tercinta yg snap.. :-)

Suke dgr maira ckp.. pokpekpokpek non-stop..hehe
 

Tgk dari luar je la yer.. hehe

Mama nak jgk b'gambar eventho nmpak jaring2..haha



 Nanti papa bela kucing tuk arsyad kay.. Mama tlg tgk jer eventho mama yg suke kucing.. :D

Wednesday, September 22, 2010

Nice Canvas Printing..

I love to hang the canvas printing on my wall. Be it in my room, arsyad's room or living hall. It doesn't matter as long as it looks nice and simple. Our house is still lack on decorations, satu bunga pon takde (tapi I bukan la jenis yg suke bunga..haha). Both of us were thinking of to print ayat2 suci Al-Quran on the canvas and hang it, maybe in our living hall or papa's wall. Haha. He claims it his wall, so that he can do whatever he wants on his wall. I've no right to say "NO" when it comes to his wall. Haha.


And, I'm thinking of to put our family photos as well. But we still don't have enough budget to hire a professional photographer to take our family portraits. So, we've to put it on hold. Whatever it is, I do love this kind of printing. Very nice..











Source

What do you think guys??

Testing My Broken 50mm Lense


It was so hard to snap my lil one pictures nowadays.. He didn't want to stay at one place even for a second.. So, in order for me to test my 50mm lense, whether I can still use it or not, I have to snap his picture while he is sleeping of coz..

Mr hubby accidentally dropped the lense from the bag, when he was trying to take out the camera. I don't know how on earth the lense was on top of the camera. It shouldn't be there. Maybe it was my fault, coz I'm the one who use it. But, as far as I remember, I 'll never put it there. Nevermind, dah jatuh pon kan. :-(





I can still use the lense, but have to be more careful coz it will break into two parts if I'm not. And, I cannot use the auto focus anymore, have to do it manually. Nevermind, as long as I can still use it. Quite sad coz the lense was only about few months old. Nanti beli lense baru kay sayang, camera baru pon bagus jugak.. Hahaha..











Monday, September 20, 2010

Indahnya Syawal 2010 - Part II

Okay, cite pasal Raya Part II plak.. This year, three of my sisters were not celebrating Aidilfitri together with us. So, that was why I don't have so many pictures this time around - takde geng yang giler bergambar ni.. hahaha.. I was the one yang akan snap the pictures, others didn't bother to snap.. Hubby on the other hand was busy entertaining Arsyad, kejap2 nak tgk cat, rooster, duck, cow and macam2 lagi..

This year, we didn't manage to cover all of the aunties' and uncles' houses, only on my side I think. Tak dpt nk pegi coz Arsyad was having a bad fever on 3rd day of Raya. :-(

Anyway, these were only the pictures.. No pictures of me, sedey jek... :-(

eh ade jugak 1 gambar.. hehe

 Arsyad malu2 kucing..

kepanasan dan kekenyangan..

my bro and his lovely wife..



Arsyad tertido kepenata.. and still tanak lepas orange tuh.. haha




p/s: sistas, jom amek gambar raya beramai2..

Thursday, September 16, 2010

Indahnya Syawal 2010

How's your Raya? Hopefully all of you enjoy celebrating Aidilfitri with family and friends. Mine, as usual - fun, fun, fun and tired of coz. Hehe. This year, I just managed to snap few photos. And, I just have few family photos, only on 1st day Raya. I don't know whether my bro and sistas have our family photos, don't have time to transfer any photos from their camera.


This year, Arsyad was not so behave, and cranky all the time. Hurm~ He didn't want to salam everyone, only few, depends on his mood. He always wanted us to hold him, didn't want to walk at all. But, when he came back home to his "Wan's" house, he'll be happy and playing non-stop with his cousins. Sabo je la. Mama pon dh malas nk jln2 coz he'll cry and cry and cry.

Okay, enuff with the stories. Dun know whether there will be part II or not. Haha. Maybe I just put some photos only, then there will be part II, part III and so on. Hahaha.

Ni bukan pg raya, tp dh ptg muka pon dh berminyak..haha

Ni je gambar yg arsyad senyum..

Macam2 gaya..

Arsyad & papa..

Arsyad & mama..






Tu je la gambar kami sekeluarga.. Huhu~ Nanti sambung balik la part II.. malas dh nk upload.. haha

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin jika ada sebarang kesilapan. Eid Mubarak. 

Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang.

Saturday, August 28, 2010

Warkah Ibu untuk Anak

Warkah seorang ibu buat anaknya yg mempunyai masaalah rumahtangga dgn suaminya

Inilah laluan CINTA Anak ku, Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal, anak ku.

Kerana itulah ibu berani berkata bahawa jika cinta suami gagal kau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini.

Apatah lagi, kebahagiaan yang kita burui adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti.

Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak saperti apa yang kita mahu, pasti ada sesuatu yang ingin diberikan oleh Allah kepada mu.

Anak ku, Bila engkau memandang segalanya dari Allah; yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup mu...pasti akan damailah hati mu. Kerana, masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, pecahnya hati mu...tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya.

Anak ku, Mungkin benar, perkahwinan ini memang bukan atas pilihanmu sendiri, tapi bila ia telah berlaku, hakikatnya itulah pilihan yang Allah mahu untuk mu.

Ibu ayah mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Tapi, terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan kita sendiri...cuma yang mahu ibu ingatkan anak ku, perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Illahi.

Anak ku, Sesuatu yang kita tidak mahu cintai kadang-kadang begitu dicintai oleh hati.

Sebaliknya kadang-kadang kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi hati menolak.

Hal ini adalah takdir yang kita sendiri pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau siapa pun kita.

Tapi ia bukan sesuatu yang perlu engkau kesalkan anak ku..sedangkan sikap kita yang tidak mencintai Allah pun sering kita berikan maaf, walau ia satu kesalahan yang lebih besar, mengapa pula sikap suami ini begitu payah untuk kita terima? Inilah kita anak ku.

Terlalu mudah sakit bila hak kita terabai, sedangkan bila hak Allah terbiar, hati tidak tersentuh langsung.

Anak ku, Allah sayang pada mu. Dia mahu engkau juga sayang dan cinta padaNya.

Kerana itulah diberiNya kesusahan pada perasaan mu. Dia mahu engkau berpaling dari cinta sementara yang amat engkau burui itu...kepada cinta mutlak yang maha agung lagi indah.

Tidakkah engkau rasa hati mu sekarang lebih lunak untuk mengingati Allah, jika dibandingkan dulu? Bukankah ini satu nikmat anak ku? Maka, janganlah disia-siakan peluang ini dengan sungutan dan rasa tidak redha mu...

Anak ku, Jika, dalam pada engkau tahu suami mu tidak mencintai mu tetapi engkau masih mampu memberikan khidmat terbaik padanya, mendoakannya, maka itulah bererti bahawa engkau memang bersungguh-sungguh untuk memburu cinta Illahi.

Jika tidak, derita mu itu hanyalah derita yang lahir dari nafsu tercabar. Ia tidak ada erti apa-apa anak ku, dan tidak layak untuk mendapat simpati...

Anak ku, Suami mu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal, hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi daripada mu.

Suatu masa nanti engkau akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah anak ku.

Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hati mu, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu.

Katakan, bukan engkau tidak redha, tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu lemah.

Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...jika belum Dia mahu mengangkat derita itu, maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya.

Ingatlah juga anak ku , bahawa mungkin ini juga satu hukuman untuk mu. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya.

Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf sendiri. Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja olehNya. Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah sahaja boleh memberikannya.

Anakku, Doakanlah terus untuk suami mu. Dan doakan juga untuk diri mu sendiri. Engkau sedang melintasi satu jambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki.

Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah tentukan sebagai suami mu. Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anak ku, tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi.

*******************************************************************************

Doalah utk org tua kita..

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada 
  )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang 
   tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah 
  tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa 
  (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang 
  tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2  
  bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap 
  hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. 
   makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
   InsyaAllah
   Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,

- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas  
  dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
  
 Hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha..
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak. -  Riwayat At-Tirmidzi

Friday, August 27, 2010

Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan

by Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
 
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : 'sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu' (Riwayat al-Bukhari)
 
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. 'Sahur' itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
 
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ' dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar' (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : 'Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :' Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu' ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
 
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya 'Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam'. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
 
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
 
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
 
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, 'Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat'. (Riwayat al-Bukhari)
 
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
 
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
 
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
 
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
 
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram , samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
 
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : 'Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi' ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : 'Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak' ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih) 

Renung-renungkan dan selamat beramal.. :-)

Wednesday, August 25, 2010

Zenzi Beauty Centre - Sothys Dealer

Owh... Finally I managed to do my facial treatment today.. It has been so long since my last treatment, which is 2 years ago just before I got married.. :P So today I had my facial treatment at my usual place, Zenzi Beauty Centre at Uptown, Damansara..  Luckily the owner, Peggy still remember me and of coz all my sistas.. :D



She suggested the hydration O2 treatment, which I think their latest promotion at the moment.. The normal price is RM390.. They have promotion now for the 1st trial which is RM290.. The treatment is basically for hydration, energizing your skin and make your skin glowing and brighter.. Overall, I love the way my face feel after the facial session!! Very refreshing!! Fairer!! Cool!! And soothing!!

I love the way they massage my eyes, shoulder, head, face and also leg.. Yeap!! Kaki pon diaorg urut.. Very relaxing!! And I slept all the way till the end except during the extraction part.. Hehe.. I can't remember when was the last time I feel so relax like this.. So, I'm definitely will go there for the next treatment.. :-)

p/s: Thanks hubby and sis for the treat.. Love u both.. :D

Thursday, August 12, 2010

My First Day Ramadhan

Tup tup arini dah masuk hari ke-2 kita berpuasa. Alhamdulillah, yesterday I managed to berpuasa sampai waktu berbuka. I know it was easy for some of you guys, but not for me. I'll feel tired and sometimes rasa nak pitam especially around 3 to 5pm. And kadang2 bila time berbuka pon dah tak larat nk telan ape2. Alhamdulillah I managed to get thru those times. 

This year, is my 3rd year fasting with my beloved hubby and 3rd year also with my lil one (tapi 1st year tu Arsyad still dlm perut mama..hehe). During my pregnancy, I dun have any problem berpuasa. Oooppss~ ade jgk tinggal puasa 4 hari coz sgt2 tak larat sampai tgn pon terketar2, rase mcm dh low blood pressure. Coz of worried about my baby, so I berbuka. What to do kan. But, Alhamdulillah takde la tinggal puasa byk sgt. 

And then last year was my 2nd year, and it was much more challenging than the previous year coz I was fully breastfeeding him. He was 9 months old at that time. Alhamdulillah I puasa penuh that year coz I still tak period at that time. At first I thought its gonna be tough to go thru all day long without eating anything. First few days maybe a bit challenging, but then you'll get use to it. Just dun forget to wake up for your sahur, drinks a lot of water during the night and sahur and eat a lot of kurma. It really helps. At that time, my son will ask for milk one in 2 hours time. So, just imagine berapa litre my body needs water. 

So this year, baru 2 hari so takle nk ckp sgt. Still challenging with this 1 and 1/2 month old boy. I'm still breastfeeding him and mind you, he still drink a lot of milk coz he doesn't eat much. And, much more tiring coz running here and there playing with him. Alhamdulillah, day one is over. And Alhamdulillah also, I'm able to recite Al-Quran without any interruptions from my boy. He is really behave everytime I wanna perform my solat and recite the Al-Quran. So, harap2 bley khatam at least once in this Ramadhan and hopefully I can perform my tarawikh as well. So far so good. 

Being a stay at home mom is quite challenging when it comes to Ramadhan. I still can remember, during my working days few years back, I didn't feel hungry at all (dahla tak sahur) and time flies really fast. Sedar2 dah balik keje, then nak berbuka. Skrg rase mcm lambat je masa berlalu (tahun lepas I rase mcmtu this year tak dah sbb Arsyad dh besar, so byk main2 ngan dia..hehe). But then the thing that I love is, I have lots of time to muhasabah diri, do more Ibadah and I really appreciate the Ramadhan itself. Alhamdulillah, syukur :-)

© 2011 My Beautiful & Lovely Life, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena