My Beautiful & Lovely Life

+m o t h e r h o o d | l i f e h o o d | c h i l d h o o d | k i t c h e n h o o d | m a m a h o o d | w i f e h o o d | s e l f h o o d | m u s l i m h o o d | f a m i l y h o o d

Monday, January 23, 2012

Easy Soft Marble Cake Recipe

I tried another marble cake recipe that I found here. Sangat senang dan sangat lembut kek marble ni. Give it a try. Memang sedap dimakan begitu saja. Hehe. :-)


Bahan-bahan:
  • 270 gram mentega
  • 250 gram gula kastor
  • 260 gram tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 6 biji telur
  • 2 s/b susu pekat manis
  • 1 s/b ovalette
  • 1 s/b air
  • 1 s/k esen vanilla
  • 10 gram serbuk koko
  • 1 s/k chocolate emulco (optional - bagus untuk mendapatkan warna yg lebih gelap)
Cara-cara:
  1. Griskan loyang. Ketepikan.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Satukan mentega, susu, esen vanilla, dan pukul sehingga gebu dan ringan atau mentega bertukar menjadi warna putih (apabila terbalikkan bekas adunan tak jatuh). Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, satukan telur, ovalette, air, gula, campuran tepung gandum dan baking powder tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
  5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. Kacau rata.
  6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan 3 sudu besar adunan plain ke dalam loyang dan 1 sudu besar adunan coklat.
  8. Ulangi sehingga habis adunan.
  9. Bakar pada suhu 180 degrees selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Ikut oven masing-masing. Mine was 60 minutes.
  10. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
  11. Selepas itu, keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk dulu baru potong.
Sedap, lembut dan memang mudah nak buat. Happy trying!!

0 comments:

Post a Comment

© 2011 My Beautiful & Lovely Life, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena