My Beautiful & Lovely Life

+m o t h e r h o o d | l i f e h o o d | c h i l d h o o d | k i t c h e n h o o d | m a m a h o o d | w i f e h o o d | s e l f h o o d | m u s l i m h o o d | f a m i l y h o o d

Saturday, September 15, 2012

Puding Roti Pelangi Resipi

Dah lama rasenye tak kongsi resipi dalam blog ni kan.. Dah lama tak masuk ke dapur after bulan Ramadhan baru ni, so dapur tak berasap.. Hehe.. Btw, I try this new recipe, sangat senang dan sedap.. Boley la sape2 nak try coz yg I buat ni pon sikit je portion dia.. Takkan membazir klau setakat nak mkn 2 org lebih dari cukup.. Selamat mencuba.. :-)

Bahan-bahan:

10 gram agar-agar serbuk (clear punye yer)
430ml air
1 biji telur
1 tin susu cair Ideal
3 sudu besar susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar sunquick
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah, hijau, kuning dan biru (ikut sesuka hati)

Cara-cara:
  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga agar-agar dan gula larut dan mendidih
  2. Kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat menggunakan blender hingga sebati
  3. Tuang bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar. Masak dengan api perlahan.
  4. Masukkan sunquick dan esen vanilla. Biarkan masak seketika.
  5. Asingkan sedikit untuk setiap warna.
  6. Kemudian angkat adunan dan tuang ke dalam loyang.
  7. Titikkan setiap warna sedikit demi sedikit ke atas adunan td. Pastikan tidak tertuang ke dalam adunan barulah warna tak bercampur. 
  8. Sejuk dan hidangkan.

boleh dihidangkan bersama2 kuah kastard.. :-)

1 comments:

© 2011 My Beautiful & Lovely Life, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena