Lately ni suke sangat baking.. Tak tau nape, tapi bile tgk hasil yang menjadi, rasa happy giler and terus hilang rasa penat layan 2 hero kecik sepanjang hari. Mula-mula hubby request kek pisang tapi takle nak buat coz pisang tak berapa masak lagi, so buat la kek warna-warni ni. Nak buat pon senang je. I memang takkan buat kek yang cerewet coz tak sempat nak duduk kat dapur lama-lama.
So, here is the recipe yang I dah lupa copy dari mana. Dah lama ade dalam buku recipe I. So buat aje.
gambar sebelum dan selepas
Bahan-bahan:
- 250 gram mentega
- 220 gram tepung kek * or guna self-raising flour, takyah pkai baking powder dah.
- 1 s/k baking powder * (bahan * diayak bersama)
- 200 gram gula castor
- 4 biji telur gred A
- 5 s/b fresh milk
- 1 s/k vanilla essence
- pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-cara:
- Griskan loyang, panaskan oven 180 degrees
- Pukul mentega + gula sehingga kembang dan putih
- Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
- Masukkan tepung yang diayak sedikit2 dambil dikacau dan masukkan fresh milk + vanilla essence. Gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bhgian. Warnakan merah, hijau dan kuning.
- Ambil 3 s/b adunan kuning dan tompokkan di bhgian tgh loyang. Kemudian ambik 3 s/b adunan merah dan tompokkan di atasnya. Akhir sekali 3 s/b warna hijau. Ulangi proses ini hingga habis.
- Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180 degrees selama 1 jam or sampai kek masak.
Selamat mencuba!!