Warkah seorang ibu buat anaknya yg
mempunyai masaalah rumahtangga dgn suaminya
Inilah laluan CINTA Anak ku, Memang indah menjadi isteri
yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah
bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal, anak
ku.
Kerana itulah ibu berani berkata bahawa jika cinta
suami gagal kau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia
ini.
Apatah lagi, kebahagiaan yang kita burui adalah
kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti.
Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta
menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak saperti apa yang kita mahu, pasti ada
sesuatu yang ingin diberikan oleh Allah kepada mu.
Anak ku, Bila engkau memandang segalanya dari Allah; yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup mu...pasti akan damailah hati mu. Kerana, masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, pecahnya
hati mu...tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya.
Anak ku, Mungkin benar, perkahwinan ini memang bukan
atas pilihanmu sendiri, tapi bila ia telah berlaku, hakikatnya itulah pilihan
yang Allah mahu untuk mu.
Ibu ayah mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Tapi, terlalu banyak perkara berlaku diluar jangkaan kita sendiri...cuma yang mahu ibu ingatkan anak ku, perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Illahi.

Anak ku, Sesuatu yang kita tidak mahu cintai
kadang-kadang begitu dicintai oleh hati.
Sebaliknya kadang-kadang kita terlalu ingin dan mahu
cintakan sesuatu, tapi hati menolak.
Hal ini adalah takdir yang kita sendiri pun tidak boleh
mengawal dan menentukannya, walau siapa pun kita.
Tapi ia bukan sesuatu yang perlu engkau kesalkan
anak ku..sedangkan sikap kita yang tidak mencintai Allah pun sering kita
berikan maaf, walau ia satu kesalahan yang lebih besar, mengapa pula sikap suami
ini begitu payah untuk kita terima? Inilah kita anak ku.
Terlalu mudah sakit bila hak kita terabai, sedangkan
bila hak Allah terbiar, hati tidak tersentuh langsung.
Anak ku, Allah sayang pada mu. Dia mahu engkau juga
sayang dan cinta padaNya.
Kerana itulah diberiNya kesusahan pada perasaan mu.
Dia mahu engkau berpaling dari cinta sementara yang amat engkau burui
itu...kepada cinta mutlak yang maha agung lagi indah.
Tidakkah engkau rasa hati mu sekarang lebih lunak untuk mengingati Allah, jika dibandingkan dulu? Bukankah ini satu nikmat anak ku? Maka, janganlah disia-siakan peluang ini dengan sungutan dan rasa tidak redha mu...

Anak ku, Jika, dalam pada engkau tahu suami mu tidak
mencintai mu tetapi engkau masih mampu memberikan khidmat terbaik padanya,
mendoakannya, maka itulah bererti bahawa engkau memang bersungguh-sungguh
untuk memburu cinta Illahi.
Jika tidak, derita mu itu hanyalah derita yang lahir
dari nafsu tercabar. Ia tidak ada erti apa-apa anak ku, dan tidak layak untuk
mendapat simpati...
Anak ku, Suami mu itu walau dipegang sekuat-kuatnya
atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal, hidupnya ada batas
dan akhirnya dia akan pergi daripada mu.
Suatu masa nanti engkau akan tetap kehilangannya.
Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha
dan syukur ini, rebutlah anak ku.
Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hati mu, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu.
Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hati mu, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu.
Katakan, bukan engkau tidak redha, tapi engkau adalah
hambaNya yang terlalu lemah.
Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya...jika belum
Dia mahu mengangkat derita itu, maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk
engkau terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya.
Ingatlah juga anak ku , bahawa mungkin ini juga satu
hukuman untuk mu. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita
memohon keampunan daripadaNya.
Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan
insaf sendiri. Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum apa saja
olehNya. Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada
kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah
sahaja boleh memberikannya.
Anakku, Doakanlah terus untuk suami mu. Dan doakan
juga untuk diri mu sendiri. Engkau sedang melintasi satu jambatan yang pendek
tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang
hakiki.
Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah
tentukan sebagai suami mu. Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anak ku,
tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi.
*******************************************************************************
Doalah utk org tua kita..
Rasulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada
)".......... nescaya pintu rezekimu akan
terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang
tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah
tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa
(hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2.
....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang
tua kita , termasuk guru2
Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2
bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua,
akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu
pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap
hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi
segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g.
makan, kesihatan, kasih
sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas
dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita
Cuba
. Allahhuakhbar. .
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)
Caranya :

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang
tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkanlah rezeki
mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi
lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu
yang masih hidup)
Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa
melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha..