My Beautiful & Lovely Life

+m o t h e r h o o d | l i f e h o o d | c h i l d h o o d | k i t c h e n h o o d | m a m a h o o d | w i f e h o o d | s e l f h o o d | m u s l i m h o o d | f a m i l y h o o d

Saturday, January 21, 2012

Butterfly Rainbow Cupcakes Recipe

Last Thursday, saja suka2 try buat this butterfly rainbow cupcakes. Tapi tak sempat nk deco dengan buttercream and buat jadi butterfly. Anak dah 2 org, so sempat buat cupcakes pon dah naseb baik. Haha.
Dah lama teringin nk baking, now baru sempat since hubby tak keje so boley la tolong tgk kan anak2 kejap kan.  

Btw, nak buat cupcakes ni senang je. Yang I buat ni tak nampak rainbow sgt coz juz use 3 colors, green, yellow and red. And klau nak nmpak lagi cantik, sila pkai piping yer. I just use the spoon je taruk dlm cup tuh. Belasah je la as long as masuk dlm cup tuh. Hehe.


So here is the easy recipe, taken from here. Tengok tuan punyer recipe tu buat, sgt comel cupcake dia!! Nanti bley la nk buat for birthday party. :-)

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/k baking powder
Secubit garam
1/2 cawan butter - suhu bilik
3/4 cawan gula castor (kurangkan sikit klau tanak manis)
3 biji putih telur - suhu bilik
1 s/k esen vanilla
3/4 cawan susu segar - suhu bilik

* Panaskan oven pada suhu 170 degrees. Sediakan paper cup secukupnya dlm muffin tray

Cara-cara:

1. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan garam. Ketepikan
2. Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau sehingga butter bertukar warna putih.
3. Masukkan putih telur dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
4. Masukkan esen vanilla
5. Kemudian slowkan mixer yang paling perlahan sekali. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Atau boleh juga guna kaedah kaup balik guna spatula.

* tepung kena berselang seli dengan susu. Mulakan dengan masukkan tepung and diakhiri jugak dengan tepung. Maksudnya tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung

6. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dlm 6 bekas berasingan. Letakkan pewarna dlm setiap bekas dan gaul rata.
7. Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup. Buat sehingga adunan habis.
8. Bakar dalam oven selama 25 minit or sehingga kek masak.

Cara nak buat butterfly and butter cream boleh tgk sini kay. 

Selamat mencuba!!

1 comments:

  1. Thank you for sharing such brilliant information. It’s pretty cool stuff and I am really impressed with such an inspirational blog for food and recipes. I would recommend this site to other peoples to get great ideas about recipes. Summer Sausage

    ReplyDelete

© 2011 My Beautiful & Lovely Life, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena