My Beautiful & Lovely Life

+m o t h e r h o o d | l i f e h o o d | c h i l d h o o d | k i t c h e n h o o d | m a m a h o o d | w i f e h o o d | s e l f h o o d | m u s l i m h o o d | f a m i l y h o o d

Friday, September 23, 2011

Bagaimana Jika Anak Suka Memukul Dan Merampas Mainan Kawannya

Something interesting that I got from fb by Prof Dr Rozieta Shaary..

Ramai ibu bapa yang bertanya saya bagaimana hendak menangani anak yang suka memukul dan merebut mainan kawan-kawannya. Mereka menyuarakan kesalan di hati mereka akan perlakuan anak mereka itu. Malah ada yang mengambil jalan tidak mahu membawa anak mereka itu pergi ikut berziarah, kuatir dia membuat laku.

Telah lama saya mengkaji perihal ini dan ini adalah apa yang saya dapati:-

- ibu dan bapa kepada anak-anak ini tidak mengambil masa untuk menerangkan dengan jelas dan berkali-kali akan salahnya perbuatan itu. Contohnya, apa yang saya perhatikan, bila anak-anak ini merebut permainan kawan atau memukul kawan-kawannya, ibu atau bapa anak ini hanya sekadar melarang sambil lewa. Mereka hanya mengatakan ' Janganlah buat macam tu, tak baik...' dan kemudian membiarkan anak mereka terus bermain. Dan bila anak itu mengulang perlakuan itu, mereka melarang sambil lewa lagi. Mereka tidak mengambil anak itu ke tempat lain dan memberi fokus kepada anak itu dan menerangkan akan betapa salahnya perbuatan itu. Teguran yang mereka lakukan tidak bersungguh-sungguh. Malah ada juga keadaan di mana ibu atau bapa mengalah dengan 'tantrum' yang ditunjukkan oleh anak itu. Tidak mahu anak menangis, mereka memujuk balik anak itu. Ini menyebabkan anak itu menjadi semakin tidak jelas dengan apakah yang hendak diperbetulkan.

- Ibu dan bapa yang begitu garang dan memarahi anak yang berkelakuan seperti tadi dan melarang dengan begitu kasar dan menghukum dengan begitu berat. Anak itu pula dimarah dikhalayak ramai dan dikatakan degil. Barang mainan yang diambil olehnya daripada kawannya tadi dirampas kembali dengan kasar. Ibu atau bapa itu pula menunjukkan bencinya mereka kepada anak itu disebabkan kelakuannya. Kemudian memberi kembali barang mainan itu kepada kawan anak tadi dan memuji serta mengusap kawan anak itu di depan anak mereka. Kesannya kepada anak mereka ialah anak itu merasakan dia dibenci dan dia sememangnya jahat. Maka bila itu ada imej dirinya, maka itulah yang dia terus menerus lakukan.

- ketiga, ada juga ibu bapa yang memukul tangan anak yang masih sangat kecil apa bila anak kecil di bawah dua tahun itu mengambil mainan atau barang yang bukan miliknya. Usaha ini dilakukan bertujuan untuk mendisiplinkan anak itu. Namun, apa yang mereka tidak sedak usaha itu sebenarnya mengajar anak itu memukul dan berkasar. Kita mesti ingat ' tenaga adalah abadi dan tidak boleh dihapuskan - ia hanya boleh berubah bentuk!'  kemana agaknya tenaga marah itu pergi jika tidak kepada anak yang kononnya hendak didisiplin itu. Maka ia berubah bentuk dan menjadi peribadi anak itu!

Maka apakah yang hendak dibuat: -

Pertama, bila ini berlaku, anda sebagai ibu atau bapa minta maaf kepada ibu atau bapa kawan anak anda. Anda perlu faham, bila anak anda menyakitkan anak orang lain, ibu atau bapa anak itu juga terasa sakit. Namun, disebabkan mereka hormat kepada anda mereka tidak menyuarakan perekara itu. Oleh itu sebagai orang yang berhemah, tunjukkan hormat anda dengan acknowledge perkara itu dengan meminta maaf akan perkara itu. Kemudian, ambil anak anda dan dengan penuh kasih sayang dan tegas, anda terangkan perbuatan itu adalah salah. Ambil dia daripada tempat itu. Jangan bercakap kepada anak itu, atau berleter kepadanya, namun membiarkan dia meneruskan apa yang sedang dia buat. There must be a' cut-away' from the place.

Kata kunci di sini ada tiga iaitu minta-maaf, kedua cut-away dan yang paling penting beri penjelasan kepadanya dengan penuh kasihsayang dan tegas. Jika ada insiden dimana dia pernah dirampas mainannya dan dia menangis, kaitkan peristiwa itu. Contohnya, 'Sayang ingat tak masa kena rampasa mainan hari tu, rasa sedih tak? Macam tu juga kawan sayang rasa bila mainannya dirampas...' kemudian kondisikan dirinya seorang anak yang baik. Budak baik buat perlakuan yang baik. Merampas toys bukan perbuatan yang baik. Kemudian nyatakan betapa anda sayang akan dia dan anda tahu dia tersilap. Setelah dia faham, ajak dia minta maaf dengan kawan dia dan ibu bapa kawan dia.
Sebagai ibu bapa kepada anak seperti ini anda mesti sedar bahawa ibu bapa anak yang menjadi mangsa anak anda itu akan berasa dihormati perasaan mereka bila mereka nampak betapa anda berusaha untuk membetulkan salah laku anak anda.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian juga, jika anak anda merosakkan mainan kawannya, berusahalah mengajar dia meminta maaf dengan baik. Jangan pula mengherdik anak anda di situ, lakukan seperti yang saya katakan tadi. Selain itu, jangan membiarkan mainan itu rosak begitu sahaja dan balik selepas habis berziarah. Ambil initiatif untuk mengganti mainan itu atas dasar hormat kepada kawan anda. Dan apa yang lebih baik, involve anak anda dengan baik, contohnya jika dia ada menabung duit, untuk dia mengambil sedikit wang dia untuk membeli ganti kepada mainan yang dirosakkannya itu. Di sini anda boleh mengajar banyak perkara;-
1) Bahawa dia seorang yang bertanggung-jawab
2) Bila melakukan kesilapan dia akan berusaha membetulkan kesilapan itu
3) Membetulkan kesilapan adalah kelakuan yang terpuji
4) Dia menghormati harta orang lain
5) Oleh itu dia belajar menghormati dirinya
6) Dia faham, setiap perbuatan ada natijahnya. Maka untuk mendapat natijah yang baik, di membuat pilihan yang baik. Mak perlahan-lahan dia belajar bergaul dengan baik dan sihat dengan anak-anak yang lain.

Satu perkara yang hendak saya ingatkan ialah usaha ini mesti dilakukan berterusan dari anak itu masih di bawah 2 tahun sehinggalah perlakuan itu tidak wujud lagi. Lagi satu perkara yang ingin saya sebutkan di sini, bagi anak yang dibawah 1 tahun, perkara seperti ini tidak berlaku, namun, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengajar mereka kelakuan yang baik melalui cerita-cerita yang di baca atau direka, nasyid dan lagu dan kata-kata yang membina karekter yang baik di dalam diri mereka.

InsyaAllah nanti kita akan membincangkan pula bagaimana pula jika anak anda sering menjadi mangsa barang dirampas atau dipukul oleh kawan-kawannya.

Keibubapaan bukanlah suatu yang mudah namun ia amat memuaskan jiwa bila melihat anak telah membesar menjadi anak-anak yang membanggakan.

The hard work is only now, but the rewards are more than a life time.

0 comments:

Post a Comment

© 2011 My Beautiful & Lovely Life, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena